Wednesday 16 September 2015

IKHLASlink Mediplan Secure Takaful Rider

1. IKHLASlink Mediplan Secure Takaful Rider
Melindungi ketidaktentuan kehidupan. Dengan IKHLASlink Mediplan Secure Takaful Rider, anda tidak perlu risau tentang kos penghospitalan dan perubatan apabila musibah melanda dan anda dimasukkan ke hospital. Pelan ini meringankan beban kewangan anda. Ini adalah rider Kemasukan ke Hospital dan Pembedahan (H&S) yang dijamin pembaharuan yang berunit deduktif dan boleh disertakan kepada pelan-pelan Takaful berkaitan pelaburan di mana Sumbangan Takaful adalah berkala.

2. Apakah perlindungan/manfaat yang ditawarkan?
A) Jadual Manfaat
B) Bayaran Bersama
Bayaran Bersama adalah bayaran yang perlu dibayar oleh Peserta Takaful sekiranya amaun tuntutan pada tahun Sijil telah melebihi 10% daripada Had Seumur Hidup Kesuluruhan, tertakluk kepada had maksimum sebanyak RM3, 000 bagi setiap hilang upaya. Terdapat dua (2) jenis Bayaran Bersama yang perlu ditanggung oleh Peserta Takaful untuk Manfaat Layak yang berikutnya seperti yang dinyatakan di dalam Jadual Manfaat:

c) Menaik Taraf Kelayakan Bilik Hospital & Makanan
Jika Orang Yang Dilindungi dimasukkan ke hospital pada kadar Bilik Hospital & Makanan yang lebih tinggi daripada manfaat yang layak, Orang Yang Dilindungi hanya akan menanggung bayaran kos Bilik Hospital & Makanan yang selebihnya.

d) Ganjaran Jika Tiada Tuntutan
Sekiranya tiada tuntutan dibayar di bawah Sijil Takaful Tambahan ini untuk tempoh berterusan selama kitaran tiga (3) tahun, kelayakan Bilik Hospital & Makanan akan dinaikkan untuk kitaran tiga (3) tahun berikut sebanyak 10% daripada jumlah asal kelayakan Bilik Hospital & Makanan. Peningkatan dalam kelayakan Bilik Hospital & Makanan akan berterusan setiap kitaran tiga (3) tahun, tertakluk kepada peningkatan Bilik Hospital & Makanan tersebut tidak melebihi seratus lima puluh peratus (150%) daripada jumlah asal dan tiada tuntutan dibuat dalam tempoh masa kitaran tiga (3) tahun yang lepas dan sebelum kelayakan Bilik Hospital & Makanan ditambahkan.

3. Berapakah jumlah Sumbangan Takaful yang perlu dibayar? Tiada Sumbangan Takaful tambahan yang dikenakan ke atas Rider ini kerana caj Tabarru’ akan ditolak daripada Dana Unit daripada Sijil Takaful Asas. Walau bagaimanapun, caj Tabarru’ adalah TIDAK DIJAMIN dan boleh berubah dari semasa ke semasa dengan memberi tiga (3) bulan notis kepada Peserta Takaful sebelum ulang tahun Sijil Takaful.

4. Apakah yuran dan caj yang perlu dibayar?
a) Yuran Wakalah - tidak dikenakan.
b) Caj Tabarru’ akan ditolak daripada Dana Unit daripada Sijil Takaful asas. Tabarru’ akan meningkat seiring dengan peningkatan usia Orang Yang Dilindungi.
c) Satu yuran pengurusan sebanyak RM56.20 akan dikenakan setiap tahun terhadap setiap Peserta Takaful di bawah Sijil Takaful Tambahan ini.
* Nota: Caj Tabarru’ dan yuran pengurusan akan ditolak daripada Dana Unit daripada Sijil Takaful asas (melalui penolakan unit-unit mengikut harga unit).

5. Syarat dan Had Umur Umur Kemasukan:
Peserta Takafu                  l: 11 – 70 tahun, umur pada hari jadi akan datang
Orang Yang Dilindungi    : 30 hari – 70 tahun, umur pada hari jadi akan datang

Note: Peserta Takaful yang berumur antara 11 – 16 tahun hendakalah mendapat persetujuan daripada ibu bapa/ penjaga.
Had Amaun Perlindungan: Had Seumur Hidup Minimum: RM650, 000 (Pelan 100) Had Seumur Hidup Maksimum: RM3, 500,000 (Pelan 700)

Umur Matang: Orang Yang Dilindungi mencapai umur seratus (100) tahun, pada hari jadi akan datang.

6. Terma / syarat tambahan
a) Jika Orang Yang Dilindungi ingin mendapatkan rawatan luar negara, manfaat berkaitan rawatan adalah dilindungi tertakluk kepada pengecualian, had dan syarat yang ditetapkan dalam Sijil Takaful Tambahan ini dan semua manfaat akan dibayar berdasarkan keputusan kadar pertukaran mata wang rasmi pada hari terakhir tempoh dimasukkan ke Hospital, terhad kepada caj-caj Bayaran Munasabah dan Biasa serta Perubatan Yang Diperlukan sebagaimana rawatan yang sama terdapat di Malaysia dan tidak termasuk kos pengangkutan ke tempat rawatan disediakan;

i) Orang Yang Dilindungi yang pergi ke luar negeri atas sebab selain mendapatkan rawatan perubatan, perlu dimasukkan ke Hospital di luar Malaysia kerana kecemasan perubatan;

ii) Orang Yang DIlindungi, atas syor Doktor dan perlu dipindahkan ke Hospital di luar Malaysia disebabkan oleh jenis yang khusus bagi rawatan, bantuan, maklumat atau keputusan yang dikehendaki tidak boleh diberikan atau disediakan atau diambil di Malaysia

b) Rawatan luar negeri bagi Penyakit, Sakit atau Kecederaan yang didiagnosis di Malaysia dan
keadaan bukan kecemasan atau kronik yang rawatannya boleh ditangguhkan sewajarnya
hingga pulang ke Malaysia dikecualikan.

c) Tiada manfaat akan dibayar untuk apa-apa rawatan perubatan yang diterima oleh Orang
Yang DIlindungi di luar Malaysia, jika Orang Yang Dilindungi itu tinggal atau membuat
perjalanan di luar Malaysia lebih daripada sembilan puluh (90) hari berturut-turut.

d) Tempoh Menunggu:
               
i) Tempoh menunggu selama tiga puluh (30) hari adalah terpakai tetapi tempoh menunggu
tidak terpakai bagi sebarang kecederaan yang terjadi akibat kemalangan.

ii) Penyakit-penyakit berikut tidak akan dilindungi bagi 120 hari pertama Sumbangan

Takaful Orang yang Dilindungi:-
 • Hipertensi, diabetes melitus dan penyakit kardiovaskular.
 • Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing dan sistem biliari
 • Semua keadaan telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak
 • Hernia, Hemorrhoid, Fistulae, Hidrosel, Varikosele
 • Endometriosis termasuk penyakit sistem Pembiakan
 • Gangguan Vertebrospinal (termasuk cakera) dan keadaan lutut.

e) Pihak Syarikat berhak untuk menyemak Sumbangan- sumbangan Takaful yang perlu dibayar
atau penarikan-balik porduk dengan memberi tiga (3) bulan notis sebelum ulang tahun Sijil
Takaful.

7. Apakah pengecualian utama yang terdapat di dalam Sijil Takaful ini?
Sijil Takaful Tambahan ini tidak melindungi sebarang kemasukan ke hospital, pembedahan atau
caj yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atau sebahagiannya,
oleh salah satu (1) dari kejadian berikut:

a) Penyakit Sedia Ada;

b) Jagaan atau rawatan di mana bayarannya tidak diperlukan atau setakat mana ianya boleh dibayar oleh Pengendali Takaful/ Penanggung Insurans lain atau indemniti yang melindungi Orang yang Dilindungi dan Hilang Upaya yang timbul daripada pekerjaan atau profesion yang dilindungi di bawah Kontrak Insurans/ Takaful Pampasan Pekerja;

c) Pembedahan atau rawatan kosmetik rawatan termasuk (tetapi tidak terhad kepada) sebagai contoh, kelopak mata berganda, akne, keloid, parut, tag kulit keguguran rambut / kehilangan rambut dan sebagainya, atau rawatan akibat komplikasinya kecuali yang diperlukan secara perubatan oleh kecederaan akibat kemalangan dalam tempoh enam bulan dari rawatan awalan. Bagi tujuan pengecualian ini “rawatan awalan” bermaksud rawatan pertama diterima dalam merawat kecederaan akibat kemalangan;

d) Mana-mana rawatan pergigian atau pembedahan kecuali bila diperlukan akibat kecederaan yang dialami di dalam kemalangan;

e) Sebarang keadaan perubatan atau fizikal yang timbul semasa dalam Tempoh Menunggu kecuali atas sebab-sebab kemalangan;

f) Perkhidmatan penjagaan jururawat persendirian atau lawatan kerumah yang diupah oleh
Orang yang Dilindungi atau perkhidmatan untuk rehat penyembuhan yang disediakan oleh
rumah rehat / pusat penjagaan semata-mata untuk tujuan pemulihan;

g) Ubat-ubatan dan alat pencegah kehamilan, prosedur-prosedur pemandulan atau rawatan
untuk komplikasi berkaitan, prosedurprosedur pembalik dan pemulihan atau rawatan
disfungsi seksual atau ketidaksuburan, pembedahan tukar jantina dan terapi hormon seks;

h) Sebarang rawatan atau penilaian bagi kongenital, penyakit keturunan atau penyakit
perkembangan, kecacatan dan mana-mana hilang upaya atau komplikasi yang timbul
daripadanya termasuk tetapi tidak terhad kepada sista dermoid, hernia kanak-kanak/
hidrosel (semua jenis hernia sehingga usia enam tahun adalah tidak dilindungi), kaki
belantan, kecacatan septum ventrikel (VSD), kecacatan atrium septal (ASD), Thalasemia,
Mata Juling, Haemangioma dan lain-lain lagi;

i) Penyiasatan dan rawatan berkaitan kehamilan termasuk keguguran, kehamilan ektopia,
menggugurkan kandungan, tahi lalat Vesikular, jagaan pranatal atau postnatal dan semua
komplikasi yang berkaitan dengannya;

j) Penjagaan atau rawatan percubaan, tinjauan dan tidak mengikut piawaan profesional yang
diterima dan/ atau tidak diperlukan secara perubatan. Pengecualian ini termasuk (tetapi
tidak dihadkan kepada) rawatan seperti:
 • rawatan sel stem, latihan yang berkaitan dan sebarang komplikasi yang timbul selepasnya;
 • penjamin darah;
 • rawatan untuk gangguan menopaus, kecuali menopaus yang dicetuskan oleh pembedahan;

k) Perkhidmatan bukan perubatan yang disediakan oleh Hospital seperti televisyen, telefon, faks, radio, atau kemudahan seumpamanya. Caj bagi perkhidmatan ini hendaklah dibayar oleh Orang yang Dilindungi sebelum keluar dari Hospital atau pusat rawatan harian;

l) Vitamin dan krim atau ubat sapu yang berkaitan, Makanan Suplemen, Perubatan Herba, agen Anti Obesiti/ Agen Pelangsingan, Pelincir Mata, produk pembersihan atau kosmetik dan sebarang pelengkap atau ubat-ubatan yang boleh dibeli di kaunter;

m) Penggunaan atau pengambilalihan semua peralatan luaran (misalnya, anggota palsu, alat bantuan pendengaran, kebuk aero dan peralatan bagi penebulan, tekanan saluran udara positif berterusan (CPAP), dialisis peritoneum ambulatori berterusan (CAPD), alas ortopedik) dan kos sewa peralatan tersebut kecuali semasa berada di Hospital;

n) Sakit atau Kecederaan yang timbul daripada apa-apa jenis perlumbaan (kecuali perlumbaan jalan kaki), sukan berbahaya seperti tetapi tidak terhad kepada terjunan udara, luncur air, aktiviti dalam air yang memerlukan alat pernafasan, sukan musim sejuk, sukan professional dan aktiviti yang tidak dibenarkan;

o) Rawatan yang timbul daripada kecederaan yang dialami semasa melakukan jenayah atau feloni, atau di bawah pengaruh alkohol, narkotik atau bahan pengkhayal minda atau sengaja mencederakan diri sendiri samada ketika siuman atau tidak siuman;

p) Bunuh diri, percubaan bunuh diri atau sengaja mencederakan diri sendiri ketika siuman atau tidak siuman;

q) Penyakit atau kecederaan yang dialami semasa perjalanan melalui udara kecuali sebagai penumpang bayar tambang sistem penerbangan yang diikitiraf yang beroperasi di laluan udara berjadual dan perjalanan udara oleh pesawat sewa khas yang dilesenkan sebagai pengangkut udara diiktiraf dan diterbangkan oleh krew profesional di antara lapangan terbang yang ditubuhkan dan diselenggarakan;

r) Peperangan, penyertaan langsung atau tidak langsung di dalam rusuhan, pemberontakan, pemberontakan militari, kegemparan awam, letupan senjata peperangan, revolusi, tindakan musuh asing atau pertempuran;

s) Sebarang rawatan langsung atau tidak langsung yang timbul akibat pendedahan kepada radioaktif, bahan mudah meletup atau bahan api nuklear yang berbahaya atau harta benda yang dicemari bahan api nuklear, atau kemalangan yang timbul daripadanya;

t) Gangguan psikotik, mental atau saraf dan keadaan tingkahlaku termasuk sebarang neurosis dan manifestasi fisiologi atau psikosomatik, dan gangguan tidur;

u) Perbelanjaan yang dikenakan bagi pendermaan sebarang organ badan oleh Orang yang Dilindungi dan kos perolehan organ termasuk kos yang dikenakan oleh penderma semasa pemindahan Organ;

v) Berkhatan kecuali diperlukan secara perubatan untuk merawat penyakit;

x) Mana-mana rawatan pembetulan termasuk cermin mata atau kanta sentuh bagi salah bias termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut seperti Ortoptik, Stimulasi Visual, Radial Keratotomi, Lasik, Intralase, Zyoptics, implan Phakic lOL, atau pembedahan IOL kecuali untuk IOL Monofocul bagi pembedahan Katarak.

Note: Senarai ini tidak muktamad. Sila rujuk kepada Sijil Takaful bagi mendapatkan senarai penuh pengecualian-pengecualian yang terdapat di bawah Sijil Takaful

8. Bolehkah Sijil Takaful ini dibatalkan?
Jika anda mendapati rider ini tidak lagi bersesuaian, anda boleh membatalkannya dengan
memaklumkan kepada kami secara bertulis.

9. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya terdapat perubahan kepada maklumat untuk dihubungi?
Adalah penting anda memaklumkan kepada kami sebarang perubahan pada maklumat/ alamat untuk memastikan semua komunikasi perhubungan sampai kepada anda dalam jangka masa ditetapkan.

10. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?
Jika anda memerlukan maklumat tambahan mengenai Takaful Berkaitan Pelaburan dan/atau Takaful Perubatan dan Kesihatan, sila rujuk kepada buku insurance info mengenai ‘Takaful Berkaitan Pelaburan’ dan/atau ’Takaful Perubatan dan Kesihatan’, yang boleh didapati di semua cawangan kami ataupun anda boleh memperolehinya daripada ejen Takaful kami atau lawati www.insuranceinfo.com.my.

11. Produk seumpama yang boleh didapati?
Tiada

NOTA PENTING:
ANDA HENDAKLAH MEMASTIKAN BAHAWA SIJIL TAKAFUL INI MEMENUHI KEPERLUAN
ANDA. ANDA PERLU MEMBACA DAN MEMAHAMI SJIL TAKAFUL DAN BERBINCANG DENGAN
EJEN ATAU MENGHUBUNGI PENGENDALI TAKAFUL SECARA TERUS UNTUK MAKLUMAT
SELANJUTNYA