Konsep Takaful Ikhlas

Takaful Ikhlas mengunakan kontrak berikut sebagai garis panduan perniagaan kami:
* Kontrak Tabarru’ di mana peserta bersetuju menderma peratusan yang telah ditentukan daripada sumbangan kepada dana untuk membantu peserta lain.
* Kontrak Al-Wakalah di mana peserta membenarkan Takaful Ikhlas untuk menguruskan hal ehwal dana bagi pihak beliau.

Model Takaful Ikhlas membolehkan penggunaan pihak ketiga sebagai perantara untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan, membuat pembayaran lebihan dan keuntungan kepada peserta, jika berkenaan dan membuat pengiraan keuntungan bersama secara bulanan.



Komponen-Komponen Dalam Model Al-Wakalah.

Akaun Pelaburan Peribadi / Personel Investment Account (PIA)
* Produk berasaskan Perlindungan dan Pelaburan
* Untuk memaksimakan pulangan
* Keuntungan bersih dikembalikan sepenuhnya kepada peserta setelah ditolak Yuran Prestasi Dana yang dicaj oleh pengendali (IKHLAS) dalam menguruskan dana

Akaun Pelaburan Risiko Peribadi / Pesonal Risk Invesment Account(PRIA)
* Produk berasaskan perlindungan sahaja
* Keuntungan bersih dikembalikan sepenuhnya kepada peserta setelah ditolak Yuran Prestasi Dana yang dicaj ileh pendali dalam menguruskan dana.

Tabungan akaun Ta’awuni / Ta’awuni Account Pool (TAP)

TAP mengandungi dua caj yang diwakili oleh tiga dana iaitu:

* Al-Wakalah – Dana Perbelanjaan
* At-Tabarru’ – Dana Risiko dan Dana Istemewa

Dana Perbelanjaan / Expenses Find (EF)
* EF diperuntukkan untuk caj permulaan dan pentadbiran Al-Wakalah
* Caj permulaan adalah:
     * Perbelanjaan berkaitan perniagaan baru & Perniagaan diperbaharui
     * Pembayaran komisyen kepada agen

* Caj Pentadbiran adalah caj untuk mentadbir sepanjang tempoh polisi adalah:
     * Yuran pengurusan Tuntutan
     * Yuran Perkhidmatan polisi
     * Yuran Pengeluaran dan Penamatan

Dana Risiko / Risk Fund (RF)
* RF adalah dana Tabarru’
* RF digunakan untuk pembayaran faedah
* Caj-caj Dana Risiko termasuklah :
       * Kadar untuk tempoh satu tahun
       * retakaful
       * Premium (ie, YRT, ‘coinsurance’, lain-lain)
Rezab am dan Teknikal
* Lebihan akan berlaku dalam RF jika pengalaman kemortalan adalah baik, pulangan dan keuntungan dalam perkongsian untuk re-Takaful
* Lebihan bersih akan diagihkan kembali kepada peserta.

Dana Istimewa / Special Fund (SF)
* SF berperanan sebagai dana Kecemasan tabarru’ untuk menyokong sebarang kekurangan dalam RF.