Sunday 18 October 2015

Waiver of Contributions Secure Takaful

IKHLASlink Waiver of Contributions Secure Takaful Rider akan menguruskan semua Sumbangan Takaful yang perlu dibayar di masa akan datang di bawah Sijil Takaful sekiranya anda didiagnos menghidap penyakit kritikal. Pelan Takaful Rider ini hanya boleh disertakan dengan Pelan Asas. Ini adalah rider berunit deduktif yang boleh disertakan kepada pelan Takaful berkaitan pelaburan di mana Sumbangan Takaful adalah berkala.

1. Apakah perlindungan/manfaat yang ditawarkan?

a) Manfaat Penyakit Kritikal/Keilatan Kekal dan Menyeluruh
Semua Sumbangan Takaful yang perlu dibayar di masa akan datang (termasuk semua pelan rider yang disertakan, kecuali pelan rider penyakit kritikal) akan diuruskan sekiranya Orang yang Dilindungi disahkan menghidap salah satu daripada penyakit-penyakit kritikal yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful.