Wednesday 14 October 2015

Accidental Death and Disability

Apakah perlindungan/manfaat yang ditawarkan?

a) Manfaat Kematian Akibat Kemalangan

i) Sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan dalam tempoh Sijil T
akaful Tambahan, Amaun Perlindungan akan dibayar kepada penama-penama atau keluarga terdekat Orang yang Dilindungi.

ii) Jika Orang yang Dilindungi meninggal dunia disebabkan oleh kemalangan ketika menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam atau menjadi mangsa salahlaku jenayah, dua (2) kali ganda Amaun Perlindungan akan dibayar kepada penama atau keluarga terdekat.

b) Manfaat Keilatan Kekal dan Menyeluruh Akibat Kemalangan

i) Sekiranya Orang yang Dilindungi mengalami Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD) yang disebabkan sepenuhnya dan secara langsung kepada kecederaan anggota badan akibat dari kemalangan dalam tempoh Sijil Takaful Tambahan, Amaun Perlindungan akan dibayar kepada Orang yang Dilindungi.

ii) Jika Orang yang Dilindungi mengalami TPD disebabkan oleh kemalangan ketika menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam atau menjadi mangsa salahlaku jenayah, dua (2) kali ganda Amaun Perlindungan akan dibayar kepada Orang yang Dilindungi.

Syarat:
Definisi TPD adalah berdasarkan
“Pekerjaan Sendiri atau Pekerjaan yang Sesuai” dan keilatan telah berlaku sekurang-kurangnya enam (6) bulan.

c) Manfaat Keilatan Separa Kekal Akibat Kemalangan

Sekiranya berlaku Keilatan Separa dan Menyeluruh (PPD) kepada Orang yang Dilindungi yang disebabkan sepenuhnya dan secara langsung kepada kecederaan anggota badan akibat dari kemalangan di dalam tempoh Sijil Takaful Tambahan, Peratusan Amaun Perlindungan seperti yang dinyatakan di dalam Jadual di bawah akan dibayar kepada Orang yang Dilindungi.


Nota: - Orang yang Dilindungi dibenarkan untuk melakukan lebih dari satu (1) tuntutan di bawah
manfaat PPD dengan syarat jumlah yang dibayar tidak melebihi 100% Amaun Perlindungan.
Sijil Takaful Tambahan masih dalam keadaan berkuatkuasa sehingga 100% Amaun Perlindungan
dituntut oleh Orang yang Dilindungi dalam tempoh perlindungan, atau sehingga tamat tempoh
perlindungan.

Berapakah jumlah Sumbangan Takaful yang perlu dibayar?
Tiada Sumbangan Takaful tambahan yang dikenakan ke atas Rider ini kerana caj Tabarru’ akan ditolak daripada Dana Unit daripada Sijil Takaful Asas. Walau bagaimanapun, caj Tabarru’ adalah TIDAK DIJAMIN dan boleh berubah dari semasa ke semasa dengan memberi tiga (3) bulan notis kepada Peserta Takaful sebelum ulang tahun Sijil Takaful.

Apakah yuran dan caj yang perlu dibayar?
a) Yuran Wakalah - tidak dikenakan.
b) Caj Tabarru’ akan ditolak daripada Dana Unit daripada Sijil Takaful Asas (melalui penolakan unit-unit mengikut harga unit). Tabarru’ akan meningkat seiring dengan peningkatan usia Orang yang Dilindungi.

Syarat dan Had Umur
a) Umur Kemasukan - 30 hari – 60 tahun, umur pada hari jadi akan datang
b) Had Amaun Perlindungan - Minimum – RM 10,000 Amaun Perlindungan
Maksimum – 5 x Amaun Perlindungan Asas, tertakluk kepada kelulusan pengunderaitan

c) Umur Matang - Sehingga umur 65 tahun, umur pada hari jadi akan datang