Wednesday 14 October 2015

Personal Accident (PA) Benefit

Apakah perlindungan/manfaat yang ditawarkan?

a) Kematian atau Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD)
Sekiranya berlaku kematian atau TPD akibat daripada kemalangan ke atas Orang yang Dilindungi dalam tempoh Sijil Takaful, Amaun Perlindungan akan dibayar kepada penama atau keluarga terdekat Orang yang Dilindungi (untuk kes kematian) atau kepada Orang yang Dilindungi (untuk kes TPD).

Syarat:
Definisi TPD adalah berdasarkan “Sebarang Pekerjaan” dan keilatan telah berlaku sekurang-kurangnya enam (6) bulan.

b) Keilatan Separa dan Kekal (PPD)
Sekiranya berlaku PPD kepada Orang yang Dilindungi yang disebabkan sepenuhnya dan secara langsung oleh kecederaan anggota badan akibat dari kemalangan di dalam tempoh Sijil Takaful, Peratusan Amaun Perlindungan seperti yang dinyatakan di dalam Jadual dibawah, selepas ditolak sebarang jumlah yang bayar di bawah manfaat TTD dan PTD yang disebabkan oleh kemalangan yang sama, akan dibayar kepada Orang yang Dilindungi.

Agregat semua peratusan yang perlu dibayar berkaitan sebarang kemalangan tidak boleh melebihi 100%. Sekiranya 100% manfaat telah dibayar, Sijil Takaful Tambahan ini akan dihentikan berkuat kuasa dengan serta-merta. Semua pampasan lain yang kurang daripada 100% jika telah dibayar boleh mengurangkan perlindungan dengan nisbah amaun yang dibayar dari tarikh kemalangan sehingga berakhirnya tempoh Sijil Takaful.



c) Pembayaran Balik Perbelanjaan Perubatan Pembedahan (MSER)
Sekiranya Orang yang Dilindungi dimasukkan ke dalam hospital dan menjalani Pembedahan* akibat kecederaan anggota badan yang disebabkan oleh kemalangan dalam tempoh dua puluh empat (24) jam dari masa kecederaan, Orang yang Dilindungi boleh mengemukakan tuntutan ke atas perbelanjaan perubatan dan sebarang kos yang munasabah dan yang
diperlukan, yang telah dibayar oleh Orang yang Dilindungi kepada doktor dan/atau hospital yang berdaftar. Pembayaran balik tuntutan ini terhad kepada 5% daripada Manfaat Takaful untuk setiap kemalangan.

Nota: Pembedahan didefinisikan sebagai pembedahan kecil dan besar berpandukan kepada “Jadual Fi MMA Edisi ke-4 2002” atau edisi terbaru.

d) Keilatan Sementara dan Menyeluruh (TTD)
Sekiranya Orang yang Dilindungi mengalami TTD selama tujuh (7) hari berturut-turut akibat oleh daripada kemalangan, manfaat mingguan iaitu 0.6% daripada Manfaat Takaful atau berkadaran daripadanya setiap hari akan dibayar kepada Orang yang Dilindungi semasa tempoh keilatan dari tarikh kemalangan. Jumlah minggu maksima yang dilindungi adalah
lima puluh dua (52) minggu bagi setiap kemalangan dan manfaat ini tidak terpakai sekiranya Orang yang Dilindungi adalah Penganggur atau seorang pelajar sepenuh masa. TTD bermaksud kecacatan yang sepenuhnya mencegah Orang yang Dilindungi daripada menjalankan sebarang jenis perniagaan atau pekerjaan. Ini akan didasarkan pada penilaian oleh Syarikat yang dilantik penasihat perubatan.

e) Keilatan Sementara dan Separa (PTD)
Sekiranya Orang yang Dilindungi mengalami PTD selama tujuh (7) hari berturut-turut akibat daripada kemalangan, manfaat mingguan iaitu 0.2% daripada Manfaat Takaful atau berkadaran daripadanya setiap hari akan dibayar kepada Orang yang Dilindungi semasa tempoh keilatan dari tarikh kemalangan. Jumlah minggu maksima yang dilindungi adalah lima puluh dua (52) minggu jumlah untuk kedua-dua TTD & PTD bagi setiap kemalangan. Manfaat ini tidak terpakai sekiranya Orang yang Dilindungi adalah Penganggur atau seorang pelajar sepenuh masa.

PTD bermaksud kecacatan yang menghalang Orang yang Dilindungi dari menjalankan sebahagian besar daripada perniagaan atau pekerjaan tetapi Orang yang Dilindungi tidak mengalami Keilatan Sementara dan Menyeluruh. Ini akan didasarkan pada penilaian oleh penasihat perubatan yang dilantik oleh syarikat.

f) Pembayaran Balik Perbelanjaan Perubatan Pesakit Luar (OMRB)
Sekiranya Orang yang Dilindungi menerima rawatan perubatan pesakit luar ke atas  kecederaan anggota badan yang disebabkan oleh kemalangan dalam tempoh dua puluh empat (24) jam dari masa kecederaan, Orang yang Dilindungi boleh mengemukakan tuntutan perbelanjaan perubatan dan sebarang kos perubatan rawatan pesakit luar yang munasabah dan yang diperlukan, yang telah dibayar oleh Orang yang Dilindungi kepada doktor dan/atau hospital* yang berdaftar. Pembayaran balik tuntutan ini terhad kepada 1% daripada Manfaat Takaful untuk setiap kemalangan.


Nota: Hospital bermaksud unit kemalangan dan kecemasan daripada hospital/klinik kerajaan, dan swasta yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan di bawah “Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 - UNDANG-UNDANG MALAYSIA.