Wednesday 14 October 2015

Payor Secure

Rider ini menguruskan semua Sumbangan Takaful yang perlu dibayar di masa akan datang di bawah Sijil Takaful sekiranya berlaku Kematian, Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD) dan/atau diagnosis ke atas satu daripada 39 Penyakit Kritikal terhadap Peserta Takaful sebelum tarikh tamat rider ini. Pelan Takaful Rider ini hanya boleh disertakan dengan Pelan Asas.

Apakah perlindungan/manfaat yang ditawarkan?
a) Manfaat Kematian atau Keilatan Kekal dan Menyeluruh
Sekiranya berlaku kematian atau Keilatan Kekal Dan Menyeluruh (TPD) kepada Peserta Takaful yang disebabkan oleh semua sebab di dalam tempoh Sijil Takaful masih berkuat kuasa, semua Sumbangan Takaful yang perlu dibayar di masa akan datang (termasuk pelan rider yang disertakan) akan diuruskan.

Syarat-syarat:
Definisi TPD adalah berdasarkan “Pekerjaan Sendiri atau Pekerjaan yang Sesuai” dan keilatan telah berlaku sekurang-kurangnya enam (6) bulan.

b) Manfaat Penyakit Kritikal

Sekiranya Peserta T akaful disahkan menghidap salah satu daripada penyakit kritikal (seperti dinyatakan di dalam Sijil Takaful) di dalam tempoh Sijil Takaful masih lagi berkuat kuasa, semua Sumbangan Takaful yang perlu dibayar pada di masa akan datang (termasuk pelan rider yang disertakan) akan diuruskan.