Wednesday 14 October 2015

Hospital Income

Apakah perlindungan/manfaat yang ditawarkan?

Sekiranya Orang Yang Dilindungi dimasukkan ke mana-mana hospital atau pusat perubatan yang diluluskan oleh pihak Syarikat, manfaat kemasukan hospital akan dibayar. Manfaat ini hanya akan dibayar sekiranya kemasukan ke hospital tersebut berterusan selama lebih dari enam (6) jam (tidak termasuk Rawatan Penjagaan Harian) yang mana pihak hospital mengenakan caj bilik hospital dan makanan.

Bilangan maksimum hari ialah:
• 180 hari setiap semasa dimasukkan ke hospital
• 365 hari dalam agregat yang timbul daripada semua punca-punca kemasukan ke hospital, dengan itu rider akan ditamatkan. Had agregat adalah seumur hidup Orang yang Dilindungi.

Berapakah jumlah Sumbangan Takaful yang perlu dibayar?
Tiada Sumbangan Takaful tambahan yang dikenakan ke atas Rider ini kerana caj Tabarru’ akan ditolak daripada Dana Unit daripada Sijil Takaful Asas. Walau bagaimanapun, caj Tabarru’ adalah TIDAK DIJAMIN dan boleh berubah dari semasa ke semasa dengan memberi tiga (3) bulan notis kepada Peserta Takaful sebelum ulang tahun Sijil Takaful.

Apakah yuran dan caj yang perlu dibayar?
a) Yuran Wakalah - tidak dikenakan.
b) Caj Tabarru’ akan ditolak daripada Dana Unit daripada Sijil Takaful Asas (melalui penolakan unit-unit mengikut harga unit). Tabarru’ akan meningkat seiring dengan peningkatan usia Orang yang Dilindungi.

Syarat dan Had Umur
a) Umur Kemasukan - 30 hari – 60 tahun, umur pada hari jadi akan datang
b) Had Amaun Perlindungan - Minimum: RM 10 sehari / Maksimum: RM 500 sehari
c) Umur Matang - Sehingga umur 65 tahun, umur pada hari jadi akan datang
6. Terma / syarat tambahan - Tempoh menunggu - tiga puluh (30) hari tempoh menunggu kecuali untuk kecederaan kemalangan.